"Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Surah At-Talaq : Ayat 2 & 3 (Ayat Seribu Dinar)


NOTE : SIMKAD Tone Excel/Tone Plus memberikan Anda PENDAPATAN 3 KALI Sebulan berbanding simkad-simkad lain dalam pasaran

Wednesday, April 24, 2013

Fahami Makna Bacaan Dalam Solat

Kita menunaikan solat Lima (5) waktu sehari semalam..dicampur dengan pelbagai solat sunat untuk menampung kekurangan pada solat-solat fardhu..akan tetapi, fahamkah kita makna setiap satu bacaan yang kita lafazkan ketika solat? jika YA, Alhamdulillah...jika sebaliknya, bagaimana kita hendak KHUSYUK ketika solat jikalau kita tidak faham apa yang kita baca?


Video ini sangat baik & ringkas untuk dijadikan rujukan MAKNA BACAAN DALAM SOLAT. Moga-moga dengan memahami erti bacaan-bacaan dalam solat, kita akan diberikan nikmat KHUSYUK.










HUBUNGI KAMI:
ABDUL KHALIQ HJ. ABDUL RASHID
ROHAZLIN HJ. ZUKKAFLI
Perunding Telekomunikasi
(Telecommunication Consultant)
Sales & Marketing (Online)
KR Group
012 - 2246807 [Khaliq]
012 - 2723241 [Rohazlin]

Wednesday, April 17, 2013

Cara Mengenali Handphone Original atau Tidak

Cara Mengenali Handphone Ori atau Tidak :


Kes penipuan barangan elektronik sekarang semakin menjadi-jadi sehinggakan model-model terbaru pon boleh di ciplak. Di sini ada tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone tu original ataupun cap ayam.

Check it out !! Ikut langkah-langkah seperti di bawah ni :
  1. Taip *#06#
  2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
  3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
  4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
  5. Untuk semak sama ada phone ANDA ori atau tidak, check kod di bawah.
  • 02 atau 20 [dari Kilang Emirates atau India] = LOW QUALITY
  • 08 atau 80 [dari Kilang Germany] = FAIR QUALITY
  • 03 @ 30 atau 04 @ 40 [dari Kilang China] = GOOD
  • 06 atau 60 [dari Kilang Hong Kong, China atau Mexico] = GOOD
  • 05 atau 50 [dari Kilang Brazil, USA atau Finland] = VERY GOOD
  • 01 atau 10 [dari Kilang Finland] = VERY GOOD
  • 00 [dari Kilang Asal Handphone] = BEST MOBILE QUALITY
  • 13 [dari Kilang Azerbaijan] = VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH
Apa lagi, jom check handphone anda, moga-moga original..!!









HUBUNGI KAMI:
ABDUL KHALIQ HJ. ABDUL RASHID
ROHAZLIN HJ. ZUKKAFLI
Perunding Telekomunikasi
(Telecommunication Consultant)
Sales & Marketing (Online)
KR Group
012 - 2246807 [Khaliq]
012 - 2723241 [Rohazlin]

Thursday, April 11, 2013

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DAN LOKASI MENGUNDI UNTUK PILIHAN RAYA UMUM KE-14 (PRU 14)

ANDA boleh menyemak daftar pemilih untuk Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU 14). *Maklumat semakan adalah seperti Daftar Pemilih Terkini Suku-3, Tahun 2017 yang diwartakan pada 28 Disember 2017.

Layari laman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) :



Berikut adalah contoh semakan daftar pemilih beserta lokasi tempat mengundi bagi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) yang berlangsung pada tahun 2013.  Untuk menyemak lokasi mengundi pada PRU-14, harap dapat menunggu pautan aktif yang baru dari pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). 

http://daftarj.spr.gov.my/semakpru13.aspx
(Link Pautan Telah Dinyahaktifkan oleh SPR. Harap Bersabar Untuk Mendapatkan Pautan Aktif Baru Bagi Pilihanraya Umum Ke-14)



ANDA juga boleh menyemak daftar pemilih dan lokasi mengundi untuk Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU 14) melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Taip SPR [jarak] [No. I.C] dan hantar ke 15888
Contoh : SPR [860102149876]

▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲









HUBUNGI KAMI:
ABDUL KHALIQ HJ. ABDUL RASHID
ROHAZLIN HJ. ZUKKAFLI
Perunding Telekomunikasi
(Telecommunication Consultant)
Sales & Marketing (Online)
KR Group
012 - 2246807 [Khaliq]
012 - 2723241 [Rohazlin]

Wednesday, April 10, 2013

Prof. Dr. Muhaya Mohamad - Doktor Menulis


PROF DR. MUHAYA : MENGAPA PERLU MENGUNDI ??
Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR. MUHAYA MENJAWAB"

Soalan :

"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"

Jawapan Prof. Dr. Muhaya :

"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global."




▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲









HUBUNGI KAMI:
ABDUL KHALIQ HJ. ABDUL RASHID
ROHAZLIN HJ. ZUKKAFLI
Perunding Telekomunikasi
(Telecommunication Consultant)
Sales & Marketing (Online)
KR Group
012 - 2246807 [Khaliq]
012 - 2723241 [Rohazlin]