A'uzubillahi Minash Shaitan Nir Rajeem..Bismillahirrahmanirrahim..
As-salamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Mari kita hayati apa itu tawakal? Tawakal bererti menyerah diri kepada Allah S.W.T dalam melaksanakan sesuatu perancangan bersandarkan kepada kekuatan-Nya dalam menjayakan suatu pekerjaan atau berserah diri di bawah lindungan Allah pada saat menghadapi kesusahan.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)."
"Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)."
[Surah At-Thalaq 64:3]
Jangan keliru dengan memisahkan antara USAHA dan TAWAKAL. Telah datang kepada Rasulullah S.A.W seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah S.A.W :
“Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu kemudian bertawakal atau saya lepaskan sahaja kemudian saya bertawakal?"
Rasulullah S.A.W menjawab, maksudnya :
"Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah."
[Riwayat at-Tirmizi].
Setelah kita berusaha sedaya mungkin, kemudiannya bertawakal kepada Allah, maka redhalah dengan setiap yang terjadi selepas itu kerana setiap sesuatu itu terjadi dengan kehendak dan keizinan Allah S.W.T.
Menurut hadis riwayat daripada Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W juga turut digelar Al-Mutawakkil (orang yang bertawakal) selain gelaran Ahmad dan Al-Amin.
Tawakal membuahkan kesan yang positif seperti berikut:
• Membebaskan manusia daripada ketakutan seperti kegagalan atau kefakiran.
• Mendorong menunaikan suruhan agama & meninggalkan segala larangan-Nya.
• Sumber kekuatan.
• Membentuk sikap optimis tentang segala-galanya.
• Membentuk satu perasaan izzah dalam diri terhadap Allah S.W.T.
• Melahirkan sifat redha dengan segala ketentuan Allah.
Begitu jugalah keadaannya apabila kita membicarakan tentang musibah-musibah seperti sakit, pening, kemalangan dan kematian. Kita seharusnya berusaha terlebih dahulu dengan mempunyai perancangan kewangan yang tepat untuk masa depan sebelum kita bertawakal. Setelah perancangan kita tadi dilaksanakan, bertawakallah dan redha dengan apa yang Allah tetapkan untuk kita.
“KITA TIDAK PASTI APA YANG AKAN TERJADI PADA HARI ESOK. LINDUNGILAH DIRI KITA SERTA KELUARGA. RANCANGLAH KEWANGAN DAN MASA DEPAN. KEGAGALAN UNTUK MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.
HUBUNGI KAMI:
ABDUL KHALIQ HJ. ABDUL RASHID
ROHAZLIN HJ. ZUKKAFLI
Perunding Telekomunikasi
(Telecommunication Consultant)
Sales & Marketing (Online)
KR Group
012 - 2246807 [Khaliq]
012 - 2723241 [Rohazlin]
No comments:
Post a Comment