photo Sub-Header-Animation_zpsafa624d2.gif

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Surah At-Talaq : Ayat 2 & 3

NOTE : SIMKAD TONE EXCEL / TONE PLUS memberikan anda PENDAPATAN 3 KALI sebulan berbanding simkad-simkad lain dalam pasaran





Wednesday, October 16, 2013

Pelan Takaful Wasiat

A'uzubillahi Minash Shaitan Nir Rajeem..Bismillahirrahmanirrahim..
As-salamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sahabat-sahabat semua sedia maklum, kos sara hidup hari ini semakin meningkat. Keadaan ini dijangka akan berterusan dari setahun ke setahun. Sudahkah sahabat-sahabat mempersiapkan sumber kewangan yang mencukupi untuk keluarga? Sekiranya anda berpendapat dengan situasi sekarang anda mampu menanggung kos kehidupan untuk keluarga anda, tanya diri anda soalan ini :

“Bagaimana pula sekiranya aku tiada lagi di dunia ini? Adakah aku telah menyediakan sumber kewangan yang mencukupi buat individu-individu tersayang yang aku tinggalkan itu??”

Bagaimana dengan nasib balu dan anak-anak anda?? Adakah anda sanggup melihat dan membiarkan balu dan anak-anak hasil zuriat anda meneruskan kehidupan dalam kesusahan? Bagaimana dengan makan minum mereka? Pakaian mereka? Tempat tinggal mereka? Persekolahan anak-anak? Perbelanjaan pinjaman rumah, kereta, pengangkutan, dan lain-lain perbelanjaan? Sebagai seorang muslim, kita memang perlu meninggalkan ilmu yang cukup kepada ahli keluarga kita, tetapi kita juga tidak patut lupa, memberi mereka kehidupan yang selesa juga adalah tanggungjawap kita.

Sekali lagi, tanya diri Anda soalan ini, "Apa yang aku tinggalkan untuk keluarga setelah ketiadaan aku?" :
Wang Simpanan? Pelaburan? Saham?
Rumah Banglo? Apartment? Kondo?
Tanah Pusaka? Jongkong Emas?
Syarikat dengan Aset Jutaan Ringgit?


"ATAU AKU HANYA MENINGGALKAN HUTANG UNTUK MEREKA SELESAIKAN ??"




Sekiranya dalam 1 keluarga itu hanya suami sahaja yang bekerja, pada pandangan saya suami seharusnya memiliki perlindungan Takaful Hayat. Ada orang berpandangan bahawa duit tidak mampu ditukarkan dengan nyawa seseorang. Betul! Pandangan ini memang tidak boleh disangkal. Tetapi dalam masa yang sama, saya turut berpendapat bahawa mungkin banyak masalah boleh diselesaikan dengan wang hasil dari caruman dalam akaun Takaful Hayat.

Kepada sahabat-sahabat di luar sana, bukalah satu Akaun Takaful Hayat semasa anda masih muda. Ini tidak bermakna sekiranya anda telah berumur, anda tidak boleh mengambil Takaful Hayat. Tetapi sekiranya kita membuka Akaun Takaful Hayat ketika masih muda, caruman bulanan adalah amat rendah. 

Kepada mereka yang sudah berusia tetapi masih belum memiliki Akaun Takaful Hayat, janganlah berlengah lagi. Lihatlah ke dalam mata anak-anak kita yang tidak tahu apa itu erti kesusahan. Sanggupkah kita melihat insan yang kita sayang berada dalam situasi yang sukar??

Ada juga di luar sana yang berpandangan "ULAT DALAM BATU PUN BOLEH HIDUP"Kepada mereka yang berfikiran seperti ini, ingin saya bertanya kembali, “ADAKAH BALU DAN ANAK-ANAK ANDA ITU HIDUP SEPERTI ULAT? TIDAK MEMERLUKAN WANG DALAM MENERUSKAN KEHIDUPAN SEHARIAN”

Buat para suami yang tidak merokok dan berumur lingkungan 30 tahun, dengan simpanan antara RM600 - RM700 sebulan anda boleh memiliki perlindungan takaful mencecah SATU JUTA RINGGIT - RM1,000,000. Antara manfaat-manfaat lain yang anda akan dapat dengan nilai simpanan antara RM600 - RM700 sebulan adalah seperti berikut :

Lelaki [Lingkungan 30]
Tidak Merokok
Manfaat Kematian = RM1,000,000
Manfaat Hilang Upaya = RM1,000,000
Manfaat Simpanan & Pelaburan

Buat suami yang ingin membuka Akaun Takaful Hayat untuk isteri (atau isteri-isteri..hihihi), berikut adalah manfaat-manfaat yang boleh diperolehi dengan simpanan antara RM600 - RM700 sebulan :

Perempuan [Lingkungan 30]
Tidak Merokok
Manfaat Kematian = RM1,000,000
Manfaat Hilang Upaya = RM1,000,000
Manfaat Simpanan & Pelaburan

Nilai RM1,000,000 mungkin tidaklah sebesar mana bagi sesetengah orang, tapi dengan nilai seperti ini, ia mungkin boleh memberi sinar harapan kepada kehidupan keluarga disaat musibah melanda. Renung-renungkan.

Ketahui juga bagaimana ANDA boleh meninggalkan RM1,000,000 kepada waris-waris anda. Miliki Polisi Takaful Hayat RM1,000,000 (RM1 Juta). Hubungi saya untuk maklumat dan penerangan terperinci.


______________________________________

Selain daripada Pelan Takaful Wasiat, terdapat juga pakej-pakej Simpanan Takaful Perubatan yang mungkin dapat disesuaikan dengan bajet bulanan Tuan/Puan. Antara Pakej-pakej yang tersedia ialah :

1. Pakej RM4,000,000 (RM4 Juta) << KLIK SINI
2. Pakej RM2,000,000 (RM2 Juta) << KLIK SINI
3. Pakej RM1,000,000 (RM1 Juta) << KLIK SINI

▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲

Baca mengenai kepentingan
Takaful (Insurans Hayat Islamik) disini :

▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲


TAKAFUL is sold not because somebody must die, but because somebody must LIVE.
TAKAFUL ditawarkan bukan kerana seseorang akan mati, tetapi kerana seseorang harus HIDUP. 



HUBUNGI SAYA:
ABDUL KHALIQ BIN ABDUL RASHID
Perunding PruBSN Takaful
(Financial Services Consultant)
Muqmeen Group
012 - 2246807

Tawakal, Usaha & Redha

A'uzubillahi Minash Shaitan Nir Rajeem..Bismillahirrahmanirrahim..
As-salamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Mari kita hayati apa itu tawakal? Tawakal bererti menyerah diri kepada Allah S.W.T dalam melaksanakan sesuatu perancangan bersandarkan kepada kekuatan-Nya dalam menjayakan suatu pekerjaan atau berserah diri di bawah lindungan Allah pada saat menghadapi kesusahan.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)."
[Surah At-Thalaq 64:3]

Jangan keliru dengan memisahkan antara USAHA dan TAWAKAL. Telah datang kepada Rasulullah S.A.W seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah S.A.W :

“Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu kemudian bertawakal atau saya lepaskan sahaja kemudian saya bertawakal?"
Rasulullah S.A.W menjawab, maksudnya :
"Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah."
[Riwayat at-Tirmizi].

Setelah kita berusaha sedaya mungkin, kemudiannya bertawakal kepada Allah, maka redhalah dengan setiap yang terjadi selepas itu kerana setiap sesuatu itu terjadi dengan kehendak dan keizinan Allah S.W.T. 

Menurut hadis riwayat daripada Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W juga turut digelar Al-Mutawakkil (orang yang bertawakal) selain gelaran Ahmad dan Al-Amin.

Tawakal membuahkan kesan yang positif seperti berikut:
Membebaskan manusia daripada ketakutan seperti kegagalan atau kefakiran.
Mendorong menunaikan suruhan agama & meninggalkan segala larangan-Nya.
Sumber kekuatan.
Membentuk sikap optimis tentang segala-galanya.
Membentuk satu perasaan izzah dalam diri terhadap Allah S.W.T.
Melahirkan sifat redha dengan segala ketentuan Allah.

Begitu jugalah keadaannya apabila kita membicarakan tentang musibah-musibah seperti sakit, pening, kemalangan dan kematian. Kita seharusnya berusaha terlebih dahulu dengan mempunyai perancangan kewangan yang tepat untuk masa depan sebelum kita bertawakal. Setelah perancangan kita tadi dilaksanakan, bertawakallah dan redha dengan apa yang Allah tetapkan untuk kita.

“KITA TIDAK PASTI APA YANG AKAN TERJADI PADA HARI ESOK. LINDUNGILAH DIRI KITA SERTA KELUARGA. RANCANGLAH KEWANGAN DAN MASA DEPAN. KEGAGALAN UNTUK MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

Ketahui bagaimana Takaful, sebuah Instrumen Islamik boleh membantu Perancangan Kewangan Anda.



▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲

Baca mengenai kepentingan
Takaful (Insurans Hayat Islamik) disini :

▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲


TAKAFUL is sold not because somebody must die, but because somebody must LIVE.
TAKAFUL ditawarkan bukan kerana seseorang akan mati, tetapi kerana seseorang harus HIDUP. 



HUBUNGI SAYA:
ABDUL KHALIQ BIN ABDUL RASHID
Perunding PruBSN Takaful
(Financial Services Consultant)
Muqmeen Group
012 - 2246807

Tuesday, October 8, 2013

Dalil-dalil Pengharaman Riba'

A'uzubillahi Minash Shaitan Nir Rajeem..Bismillahirrahmanirrahim..
As-salamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Dalil-dalil Pengharaman Riba' :

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 ) 

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)

- Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “
(Riwayat Muslim)


▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲

Baca mengenai Pelan Takaful disini :
  • Perlindungan Asas (Income Protection)
  • Perubatan / Hospital (Income Protection)
  • Simpanan / Pelaburan
▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲


TAKAFUL is sold not because somebody must die, but because somebody must LIVE.
TAKAFUL ditawarkan bukan kerana seseorang akan mati, tetapi kerana seseorang harus HIDUP. 



HUBUNGI SAYA:
ABDUL KHALIQ BIN ABDUL RASHID
Perunding PruBSN Takaful
(Financial Services Consultant)
Muqmeen Group
012 - 2246807