photo Sub-Header-Animation_zpsafa624d2.gif

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Surah At-Talaq : Ayat 2 & 3

NOTE : SIMKAD TONE EXCEL / TONE PLUS memberikan anda PENDAPATAN 3 KALI sebulan berbanding simkad-simkad lain dalam pasaran





Friday, December 6, 2013

Perbezaan Antara Takaful dan Insurans Konvensional

Berikut Adalah Perbezaan Antara Takaful dan Insurans Konvensional.




Ketahui juga bagaimana ANDA boleh meninggalkan RM1,000,000 kepada waris-waris anda.
Miliki Polisi Takaful Hayat RM1,000,000 (RM1 Juta). CARUMAN BULANAN TIDAKLAH SEMAHAL YANG DISANGKA. Hubungi saya untuk maklumat dan penerangan terperinci.


▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲

Baca mengenai
"Apa Itu Takaful Hayat" :

▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲


TAKAFUL is sold not because somebody must die, but because somebody must LIVE.
TAKAFUL ditawarkan bukan kerana seseorang akan mati, tetapi kerana seseorang harus HIDUP. 



HUBUNGI SAYA:
ABDUL KHALIQ BIN ABDUL RASHID
Perunding PruBSN Takaful
(Financial Services Consultant)
Muqmeen Group
012 - 2246807

Tuesday, November 19, 2013

Polisi TAKAFUL HAYAT

A'uzubillahi Minash Shaitan Nir Rajeem..
Bismillahirrahmanirrahim..
As-salamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Kepentingan TAKAFUL HAYAT ada juga dinyatakan di dalam Al-Quran. Sahabat-sahabat boleh rujuk Juzuk 1, Surah Kedua iaitu Surah Al-Baqarah, Ayat 240. Berikut adalah ayat beserta terjemahannya.




Ketahui juga bagaimana ANDA boleh meninggalkan RM1,000,000 kepada waris-waris anda.
Miliki Polisi Takaful Hayat RM1,000,000 (RM1 Juta). CARUMAN BULANAN TIDAKLAH SEMAHAL YANG DISANGKA. Hubungi saya untuk maklumat dan penerangan terperinci.


▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲

Baca mengenai
"Apa Itu Takaful Hayat" :

▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲


TAKAFUL is sold not because somebody must die, but because somebody must LIVE.
TAKAFUL ditawarkan bukan kerana seseorang akan mati, tetapi kerana seseorang harus HIDUP. 



HUBUNGI SAYA:
ABDUL KHALIQ BIN ABDUL RASHID
Perunding PruBSN Takaful
(Financial Services Consultant)
Muqmeen Group
012 - 2246807

Thursday, November 14, 2013

Surat Dari "Polisi Takaful Hayat"

A'uzubillahi Minash Shaitan Nir Rajeem..
Bismillahirrahmanirrahim..
As-salamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam Sejahtera,

Saya POLISI TAKAFUL HAYAT Anda.

Anda dan Saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini.

Sekarang ini, Anda sedang melaksanakan tugasan dan tanggungjawab Anda iaitu menyediakan MAKANAN, PAKAIAN dan TEMPAT TINGGAL untuk yang tersayang. Selain itu, Anda juga menyediakan PENDIDIKAN, PENGANGKUTAN, PENJAGAAN KESIHATAN dan KEBAJIKAN kepada mereka. Anda menyediakan semua ini dan banyak lagi perkara-perkara asas yang lain. 

Sementara Anda sibuk menjaga kebajikan keluarga Anda, Saya pula sedang lena di dalam peti simpanan Anda. Saya mengumpulkan segala tenaga dan nilaian Saya tahun demi tahun. Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap Anda. Anda menggunakan sebahagian daripada pendapatan Anda sebagai harga untuk menyimpan Saya. Dengan izin dan kehendak Allah S.W.T, diharapkan semoga tidak ada satu musibah pun yang akan melanda Anda serta keluarga.

Ketika ini, apabila kehidupan Anda berjalan lancar dan pelayaran bagai di air yang tenang, Saya seolah-olah tiada gunanya pada Anda sebagaimana keadaan sampan penyelamat yang tergantung di atas kapal pelayaran yang besar. Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu bila Anda dan Saya mungkin bertukar tempat.

Apabila Anda terlantar sakit atau telah disemadikan dengan aman, Saya akan bangkit dengan pantas untuk menyumbang dan menyempurnakan tugasan yang telah Saya mulakan walaupun selama ini Saya hanya disimpan di dalam peti simpanan Anda.

Saya akan terus menyediakan MAKANAN, PAKAIAN, TEMPAT TINGGAL, PENDIDIKAN, PENJAGAAN KESIHATAN dan KEBAJIKAN kepada isteri dan anak-anak Anda sebagaimana yang telah Anda cita-citakan selama ini. KEBAJIKAN yang telah Anda sediakan buat keluarga tercinta tidak akan terhenti secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi di saat mereka benar-benar memerlukannya.

Apabila tugas anda telah selesai, tugas Saya akan bermula. Melalui Saya, tangan Anda akan terus berbakti, dan melalui Saya, cinta anda terhadap keluarga tetap menyerlah, walaupun setelah ketiadaan Anda.

Setiap kali Anda rasakan harga yang Anda bayar untuk menyimpan Saya sebagai satu bebanan, cubalah ingat bahawa Saya akan melakukan lebih lagi untuk Anda dan keluarga berbanding apa yang Anda lakukan untuk saya.

Jika Anda melaksanakan tanggungjawab Anda sekarang, In Syaa Allah Saya akan melaksanakan tanggungjawab Saya sebaik mungkin di saat Anda dan keluarga sangat memerlukan.

Yang Benar,



Ketahui juga bagaimana ANDA boleh meninggalkan RM1,000,000 kepada waris-waris anda.
Miliki Polisi Takaful Hayat RM1,000,000 (RM1 Juta). CARUMAN BULANAN TIDAKLAH SEMAHAL YANG DISANGKA. Hubungi saya untuk maklumat dan penerangan terperinci.


▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲

Baca mengenai
"Apa Itu Takaful Hayat" :

▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲


TAKAFUL is sold not because somebody must die, but because somebody must LIVE.
TAKAFUL ditawarkan bukan kerana seseorang akan mati, tetapi kerana seseorang harus HIDUP. 



HUBUNGI SAYA:
ABDUL KHALIQ BIN ABDUL RASHID
Perunding PruBSN Takaful
(Financial Services Consultant)
Muqmeen Group
012 - 2246807

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H

A'uzubillahi Minash Shaitan Nir Rajeem..Bismillahirrahmanirrahim..
As-salamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Semoga saudara & sahabat-sahabat sekalian sentiasa di dalam rahmat & keberkatan Allah.


Sempena akhir tahun 1434H, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan daripada saudara-saudara dan sahabat-sahabat semua di atas apa-apa salah silap sepanjang tahun 1434H.

Salam Maal Hijrah 1435H, semoga tahun baru Hijriyah ini akan meningkatkan lagi keimanan & ketaqwaan kita, dipenuhi dengan kebaikan dan keberkatan, dimurah & dilapangkan rezeki, semoga kita sentiasa berada di dalam keredhaan Allah S.W.T, selamat di dunia dan akhirat.

Di harapkan agar Hijrah kali ini menjadikan kita Muslim yang lebih cemerlang berbanding tahun-tahun yang telah lalu. Hijrahkan diri kita kepada kebaikan, semoga beroleh keberkatan dan kebahagiaan daripada Allah S.W.T.

Aaamiin..


Hijrahkan diri kita untuk mengetahui bagaimana Takaful, sebuah Instrumen Islamik boleh membantu Perancangan Kewangan Anda.



▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲

Baca mengenai kepentingan
Takaful (Insurans Hayat Islamik) disini :

▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲


TAKAFUL is sold not because somebody must die, but because somebody must LIVE.
TAKAFUL ditawarkan bukan kerana seseorang akan mati, tetapi kerana seseorang harus HIDUP. 



HUBUNGI SAYA:
ABDUL KHALIQ BIN ABDUL RASHID
Perunding PruBSN Takaful
(Financial Services Consultant)
Muqmeen Group
012 - 2246807

Saturday, November 2, 2013

Cadangan Pembahagian Pendapatan Bulanan

A'uzubillahi Minash Shaitan Nir Rajeem..Bismillahirrahmanirrahim..
As-salamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Wang Ringgit. Rumah Kediaman. Kenderaan Persendirian. Simpanan Pendidikan Anak-anak. Sahabat-sahabat merancang kewangan untuk memiliki semua ini bukan ?? Sahabat-sahabat mengagihkan pendapatan bulanan untuk menampung keinginan-keinginan tersebut..


TETAPI...!!!

Ada atau tidak sahabat-sahabat merancang kewangan untuk sesuatu yang TIDAK DIJANGKA?? Ramai diantara kita tidak merancang kewangan untuk perkara-perkara di luar jangka seperti Kematian, Kemalangan, Penyakit Kritikal, Hilang Upaya Kekal dan juga hari-hari usia tua..


Sekiranya berlaku Kematian kepada kita, kita akan meninggalkan hutang-hutang seperti hutang kereta, hutang rumah atau mungkin hutang-hutang lain untuk diselesaikan oleh waris-waris kita..walaupun kita telah tiada lagi di muka bumi Allah ini, waris-waris kita masih mempunyai tanggungan seperti gambarajah di bawah:


Sekiranya kita tidak dapat bekerja kerana mengalami Kemalangan, Penyakit Kritikal, Hilang Upaya Kekal atau sudah terlalu tua untuk aktiviti-aktiviti fizikal, tanggungan kita adalah seperti berikut :


Memandangkan sahabat-sahabat sudah tidak dapat bekerja, dari mana ANDA akan mendapatkan wang untuk menampung tanggungan tersebut ??

1. SIMPANAN :
  • Cukupkah simpanan sedia ada untuk menampung tanggungan itu?

2. PINJAMAN BANK / KAD KREDIT :
  • Adakah pihak bank akan meluluskan pinjaman anda memandangkan anda sudah tidak bekerja?

3. DERMA / BANTUAN :
  • Mampukah anda mendapatkan derma atau bantuan dari sesiapa secara konsisten setiap bulan?

4. JUAL ASET :
  • Anda boleh jual rumah anda, tetapi di mana anda akan tinggal selepas itu?

Berikut adalah apa yang Sahabat-sahabat boleh perolehi dengan perancangan kewangan yang betul dan tepat ??

1. PAMPASAN UNTUK ISTERI & ANAK-ANAK
2. PAMPASAN UNTUK PENYAKIT KRITIKAL & HILANG UPAYA
3. KEMAMPUAN MEMBAYAR KOS RAWATAN HOSPITAL
4. PELAN PERSARAAN DI HARI TUA


Jadi bagaimana cara untuk Sahabat-sahabat merancang kewangan ketika kita masih muda dan diberi nikmat kesihatan ?? Berikut adalah Piramid Cadangan Pengagihan Pendapatan Bulanan :

1. 20 % - digunakan untuk SIMPANAN
2. 80% - digunakan untuk PERBELANJAAN bulanan 


Persoalannya ialah bagaimana Sahabat-sahabat menyimpan 20% itu? BANK ? ASB ? UNIT TRUST ? Tanya diri ANDA semula, adakah semuanya dapat memberi jaminan seperti ini :

1. PAMPASAN UNTUK ISTERI & ANAK-ANAK ?
2. PAMPASAN UNTUK PENYAKIT KRITIKAL & HILANG UPAYA ?
3. KEMAMPUAN MEMBAYAR KOS RAWATAN HOSPITAL ?

Cuma TAKAFUL [Insurans Islamik] sahaja yang memberi manfaat-manfaat diatas disamping faedah simpanan & pelaburan. Jadi sebaik-baiknya gunalah sebahagian daripada simpanan Sahabat-sahabat untuk mengambil Pelan TAKAFUL. Berikut adalah Piramid Cadangan Pengagihan Pendapatan Bulanan yang telah mengambil kira peruntukkan untuk saat-saat kecemasan :


1. 10% : PERLINDUNGAN
  • Membuka Akaun Simpanan TAKAFUL Perubatan [Income Protection / Income Replacement]

2. 10% : SIMPANAN
  • Bank, ASB dan lain-lain bentuk simpanan

3. 80% : PERBELANJAAN
  • Pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pendidikan, bil elektrik, bil air, bil komunikasi, bil ASTRO, perbelanjaan dapur, perbelanjaan anak-anak, perbelanjaan petrol, perbelanjaan tol dan lain-lain perbelanjaan
Apa lagi yang TAKAFUL [Insurans Islamik] tawarkan kepada ANDA..?

1. PAMPASAN KEMATIAN
2. PAMPASAN PENYAKIT KRITIKAL
3. PAMPASAN HILANG UPAYA KEKAL
4. KAD PERUBATAN HOSPITAL [MEDICAL CARD]
5. PERLINDUNGAN KOMPLIKASI KEHAMILAN
6. ELAUN HARIAN HOSPITAL
7. ELAUN PEMBEDAHAN
8. ELAUN I.C.U [UNIT RAWATAN RAPI]
9. SIMPANAN & PELABURAN YANG BOLEH DIKELUARKAN PADA BILA-BILA MASA

LIHAT CONTOH QUOTATION (SEBUT HARGA) >> CLICK DI SINI

Mari kita lihat apa yang kawan-kawan boleh dapat dengan menyimpan di dalam Akaun Simpanan TAKAFUL Perubatan, dengan nilai simpanan serendah RM10 sehari.


Dengan jumlah yang sama, tetapi dengan manfaat tambahan. Fikir-fikirkan..




Ketahui juga bagaimana ANDA boleh meninggalkan RM1,000,000 kepada waris-waris anda.
Miliki Polisi Takaful Hayat RM1,000,000 (RM1 Juta). CARUMAN BULANAN TIDAKLAH SEMAHAL YANG DISANGKA. Hubungi saya untuk maklumat dan penerangan terperinci.

▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲

Baca mengenai kepentingan
Takaful (Insurans Hayat Islamik) disini :

▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲


TAKAFUL is sold not because somebody must die, but because somebody must LIVE.
TAKAFUL ditawarkan bukan kerana seseorang akan mati, tetapi kerana seseorang harus HIDUP. 



HUBUNGI SAYA:
ABDUL KHALIQ BIN ABDUL RASHID
Perunding PruBSN Takaful
(Financial Services Consultant)
Muqmeen Group
012 - 2246807

Wednesday, October 16, 2013

Pelan Takaful Wasiat

A'uzubillahi Minash Shaitan Nir Rajeem..Bismillahirrahmanirrahim..
As-salamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sahabat-sahabat semua sedia maklum, kos sara hidup hari ini semakin meningkat. Keadaan ini dijangka akan berterusan dari setahun ke setahun. Sudahkah sahabat-sahabat mempersiapkan sumber kewangan yang mencukupi untuk keluarga? Sekiranya anda berpendapat dengan situasi sekarang anda mampu menanggung kos kehidupan untuk keluarga anda, tanya diri anda soalan ini :

“Bagaimana pula sekiranya aku tiada lagi di dunia ini? Adakah aku telah menyediakan sumber kewangan yang mencukupi buat individu-individu tersayang yang aku tinggalkan itu??”

Bagaimana dengan nasib balu dan anak-anak anda?? Adakah anda sanggup melihat dan membiarkan balu dan anak-anak hasil zuriat anda meneruskan kehidupan dalam kesusahan? Bagaimana dengan makan minum mereka? Pakaian mereka? Tempat tinggal mereka? Persekolahan anak-anak? Perbelanjaan pinjaman rumah, kereta, pengangkutan, dan lain-lain perbelanjaan? Sebagai seorang muslim, kita memang perlu meninggalkan ilmu yang cukup kepada ahli keluarga kita, tetapi kita juga tidak patut lupa, memberi mereka kehidupan yang selesa juga adalah tanggungjawap kita.

Sekali lagi, tanya diri Anda soalan ini, "Apa yang aku tinggalkan untuk keluarga setelah ketiadaan aku?" :
Wang Simpanan? Pelaburan? Saham?
Rumah Banglo? Apartment? Kondo?
Tanah Pusaka? Jongkong Emas?
Syarikat dengan Aset Jutaan Ringgit?


"ATAU AKU HANYA MENINGGALKAN HUTANG UNTUK MEREKA SELESAIKAN ??"




Sekiranya dalam 1 keluarga itu hanya suami sahaja yang bekerja, pada pandangan saya suami seharusnya memiliki perlindungan Takaful Hayat. Ada orang berpandangan bahawa duit tidak mampu ditukarkan dengan nyawa seseorang. Betul! Pandangan ini memang tidak boleh disangkal. Tetapi dalam masa yang sama, saya turut berpendapat bahawa mungkin banyak masalah boleh diselesaikan dengan wang hasil dari caruman dalam akaun Takaful Hayat.

Kepada sahabat-sahabat di luar sana, bukalah satu Akaun Takaful Hayat semasa anda masih muda. Ini tidak bermakna sekiranya anda telah berumur, anda tidak boleh mengambil Takaful Hayat. Tetapi sekiranya kita membuka Akaun Takaful Hayat ketika masih muda, caruman bulanan adalah amat rendah. 

Kepada mereka yang sudah berusia tetapi masih belum memiliki Akaun Takaful Hayat, janganlah berlengah lagi. Lihatlah ke dalam mata anak-anak kita yang tidak tahu apa itu erti kesusahan. Sanggupkah kita melihat insan yang kita sayang berada dalam situasi yang sukar??

Ada juga di luar sana yang berpandangan "ULAT DALAM BATU PUN BOLEH HIDUP"Kepada mereka yang berfikiran seperti ini, ingin saya bertanya kembali, “ADAKAH BALU DAN ANAK-ANAK ANDA ITU HIDUP SEPERTI ULAT? TIDAK MEMERLUKAN WANG DALAM MENERUSKAN KEHIDUPAN SEHARIAN”

Buat para suami yang tidak merokok dan berumur lingkungan 30 tahun, dengan simpanan antara RM600 - RM700 sebulan anda boleh memiliki perlindungan takaful mencecah SATU JUTA RINGGIT - RM1,000,000. Antara manfaat-manfaat lain yang anda akan dapat dengan nilai simpanan antara RM600 - RM700 sebulan adalah seperti berikut :

Lelaki [Lingkungan 30]
Tidak Merokok
Manfaat Kematian = RM1,000,000
Manfaat Hilang Upaya = RM1,000,000
Manfaat Simpanan & Pelaburan

Buat suami yang ingin membuka Akaun Takaful Hayat untuk isteri (atau isteri-isteri..hihihi), berikut adalah manfaat-manfaat yang boleh diperolehi dengan simpanan antara RM600 - RM700 sebulan :

Perempuan [Lingkungan 30]
Tidak Merokok
Manfaat Kematian = RM1,000,000
Manfaat Hilang Upaya = RM1,000,000
Manfaat Simpanan & Pelaburan

Nilai RM1,000,000 mungkin tidaklah sebesar mana bagi sesetengah orang, tapi dengan nilai seperti ini, ia mungkin boleh memberi sinar harapan kepada kehidupan keluarga disaat musibah melanda. Renung-renungkan.

Ketahui juga bagaimana ANDA boleh meninggalkan RM1,000,000 kepada waris-waris anda. Miliki Polisi Takaful Hayat RM1,000,000 (RM1 Juta). Hubungi saya untuk maklumat dan penerangan terperinci.


______________________________________

Selain daripada Pelan Takaful Wasiat, terdapat juga pakej-pakej Simpanan Takaful Perubatan yang mungkin dapat disesuaikan dengan bajet bulanan Tuan/Puan. Antara Pakej-pakej yang tersedia ialah :

1. Pakej RM4,000,000 (RM4 Juta) << KLIK SINI
2. Pakej RM2,000,000 (RM2 Juta) << KLIK SINI
3. Pakej RM1,000,000 (RM1 Juta) << KLIK SINI

▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲

Baca mengenai kepentingan
Takaful (Insurans Hayat Islamik) disini :

▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲


TAKAFUL is sold not because somebody must die, but because somebody must LIVE.
TAKAFUL ditawarkan bukan kerana seseorang akan mati, tetapi kerana seseorang harus HIDUP. 



HUBUNGI SAYA:
ABDUL KHALIQ BIN ABDUL RASHID
Perunding PruBSN Takaful
(Financial Services Consultant)
Muqmeen Group
012 - 2246807

Tawakal, Usaha & Redha

A'uzubillahi Minash Shaitan Nir Rajeem..Bismillahirrahmanirrahim..
As-salamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Mari kita hayati apa itu tawakal? Tawakal bererti menyerah diri kepada Allah S.W.T dalam melaksanakan sesuatu perancangan bersandarkan kepada kekuatan-Nya dalam menjayakan suatu pekerjaan atau berserah diri di bawah lindungan Allah pada saat menghadapi kesusahan.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)."
[Surah At-Thalaq 64:3]

Jangan keliru dengan memisahkan antara USAHA dan TAWAKAL. Telah datang kepada Rasulullah S.A.W seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah S.A.W :

“Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu kemudian bertawakal atau saya lepaskan sahaja kemudian saya bertawakal?"
Rasulullah S.A.W menjawab, maksudnya :
"Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah."
[Riwayat at-Tirmizi].

Setelah kita berusaha sedaya mungkin, kemudiannya bertawakal kepada Allah, maka redhalah dengan setiap yang terjadi selepas itu kerana setiap sesuatu itu terjadi dengan kehendak dan keizinan Allah S.W.T. 

Menurut hadis riwayat daripada Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W juga turut digelar Al-Mutawakkil (orang yang bertawakal) selain gelaran Ahmad dan Al-Amin.

Tawakal membuahkan kesan yang positif seperti berikut:
Membebaskan manusia daripada ketakutan seperti kegagalan atau kefakiran.
Mendorong menunaikan suruhan agama & meninggalkan segala larangan-Nya.
Sumber kekuatan.
Membentuk sikap optimis tentang segala-galanya.
Membentuk satu perasaan izzah dalam diri terhadap Allah S.W.T.
Melahirkan sifat redha dengan segala ketentuan Allah.

Begitu jugalah keadaannya apabila kita membicarakan tentang musibah-musibah seperti sakit, pening, kemalangan dan kematian. Kita seharusnya berusaha terlebih dahulu dengan mempunyai perancangan kewangan yang tepat untuk masa depan sebelum kita bertawakal. Setelah perancangan kita tadi dilaksanakan, bertawakallah dan redha dengan apa yang Allah tetapkan untuk kita.

“KITA TIDAK PASTI APA YANG AKAN TERJADI PADA HARI ESOK. LINDUNGILAH DIRI KITA SERTA KELUARGA. RANCANGLAH KEWANGAN DAN MASA DEPAN. KEGAGALAN UNTUK MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL”.

Ketahui bagaimana Takaful, sebuah Instrumen Islamik boleh membantu Perancangan Kewangan Anda.



▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲

Baca mengenai kepentingan
Takaful (Insurans Hayat Islamik) disini :

▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲


TAKAFUL is sold not because somebody must die, but because somebody must LIVE.
TAKAFUL ditawarkan bukan kerana seseorang akan mati, tetapi kerana seseorang harus HIDUP. 



HUBUNGI SAYA:
ABDUL KHALIQ BIN ABDUL RASHID
Perunding PruBSN Takaful
(Financial Services Consultant)
Muqmeen Group
012 - 2246807