"Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Surah At-Talaq : Ayat 2 & 3 (Ayat Seribu Dinar)


NOTE : SIMKAD Tone Excel/Tone Plus memberikan Anda PENDAPATAN 3 KALI Sebulan berbanding simkad-simkad lain dalam pasaran

Wednesday, April 10, 2013

Prof. Dr. Muhaya Mohamad - Doktor Menulis


PROF DR. MUHAYA : MENGAPA PERLU MENGUNDI ??
Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR. MUHAYA MENJAWAB"

Soalan :

"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"

Jawapan Prof. Dr. Muhaya :

"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global."




▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲









HUBUNGI KAMI:
ABDUL KHALIQ HJ. ABDUL RASHID
ROHAZLIN HJ. ZUKKAFLI
Perunding Telekomunikasi
(Telecommunication Consultant)
Sales & Marketing (Online)
KR Group
012 - 2246807 [Khaliq]
012 - 2723241 [Rohazlin]

No comments: